Kenali Saya

nama saya    : Norlilah binti Abdullah a.k.a dila karmila.
hp no.       : 016-6969 627
e-mail       : dila75ijok@gmail.com


Saya berasal dari Johor. Ibu berasal dari Perak berketurunan Bentan manakala abah saya dari Johor berketurunan Bugis. Kain sarung tenun ini adalah pakaian yang biasa kami pakai terutama pada majlis keraian, majlis kenduri, majlis perkahwinan atau hari raya. Apa yang saya lihat, kain ini tidak dibuat @ diproses di Malaysia sebaliknya kami kena mendapatkannya melalui saudara yang berada di Sulawesi. 
Atas sebab itulah, saya rasa saya perlu mempromosikan kain ini kepada saudara-mara yang lain, kawan-kawan atau sesiapa sahaja yang ingin menggunakannya atau menyimpannya sebagai koleksi. Kami menjualnya dengan harga yang berpatutan mengikut kepada jenis corak pembuatannya.

KAIN TENUN BUGIS atau dikenali sbg SARUNG SUTERA BUGIS adalah kain yang ditenun dengan benang sutera. Kain ini amat cantik dari segi warnanya, coraknya. Kain ini amat sesuai dipakai oleh lelaki dan juga wanita. Boleh dijadikan sebagai sampin, kain sarung @ digandingkan dengan kebaya, kebarung @ baju kurung. Sesuai sekali dijadikan sebagai hantaran pertunangan, hantaran perkahwinan @ sebagai hadiah untuk yang tersayang. Corak dan motif kain amat cantik, berwarna-warni, menarik serta ianya tahan lama.
Penjagaan kain jenis ini tidaklah sesusah mana. Sebagaimana penjagaan kain sutera, satin dll, kain ini juga perlu cucian kering. Selepas guna, kain ini hendaklah disidai. Boleh dihantar ke dobi untuk cucian kering. 
Pengalaman saya yang telah menggunakan kain tenun bugis ni, di mana pada tahun 1998, saya telah menghadiahkan sehelai kain sampin kepada suami saya (bakal suami ketika itu) untuk kegunaan raya pada tahun itu. Alhamdulillah, kain sampin tersebut masih elok, tidak luntur warnanya, tekstur kain masih utuh biarpun suami menggunakannya saban tahun.
Itu menunjukkan kain tenun ini bersifat tahan lama, kainnya berkualiti kerana menggunakan benang sutera yang juga berkualiti.